Dikisahkan bahwa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu
jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin
Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah
siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini
adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W."
Maka berkata
kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang
bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak
amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak
beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layani
dia dengan seburuk-buruknya)."
Abu Laits as-Samarqandi
berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah
melazimkan empat perkara semuanya :-
1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an
4.
Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan
memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan
melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri
Rasulullah
S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari
kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari
kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala
macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang
anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu
tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang
berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayani seseorang itu
mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.
Jangan
sekali-kali kita berfikir bahwa kita akan dapat menjawab setiap
pertanyaan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan
cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara
kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada
pertanyaan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan
Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh
menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang
tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap
pertnyaan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang
akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca
al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya dan begitu juga
seterusnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar